Pendidikan Seksualiti untuk Remaja

  1. Definisi Kesihatan Reproduktif
  2. Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual kepada Remaja
  3. Masalah-masalah Seksual Global
  4. Faktor-Faktor Gejala Seks dalam Kalangan Remaja
  5. Aspek- Aspek yang terlibat dalam Pendidikan Kesihatan Reproduktif

Definisi Kesihatan Reproduktif @ Pendidikan Seks:

Kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif (sistem peranakan) tetapi juga merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Kepentingan pendidikan dan ilmu kesihatan reproduktif remaja:

Peningkatan pelbagai gejala sosial yang berpunca daripada amalan seks yang tidak sihat dalam kalangan anak muda.

Menurut pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Hasmah Mohd Zain, masalah seks global yang tidak dapat dielakkan adalah seperti:

  • Seks bebas;
  • Kehamilan;
  • Keguguran;
  • Kelahiran anak luar nikah;
  • Pembuangan Bayi;
  • Jangkitan Penyakit Kelamin; &
  • HIV/ AIDS

Faktor gejala seks remaja berlaku ialah:

  • Ketandusan pengetahuan seks dalam kalangan ibu bapa dan warga pendidik;
  • Perasaan ingin tahu yang tinggi  anak-anak remaja;
  • Pendidikan seks yang mengelirukan;
  • Rangsangan seks seharian di rumah;
  • Persekitaran tempat tinggal;
  • Pengaruh media dan rakan sebaya;&
  • Perhiasan wanita yang keterlaluan

Pendidikan seks merupakan pendidikan sepanjang hayat yang melibatkan pelbagai aspek seperti:

  • Biologi
  • Sosio Budaya
  • Psikologi
  • Emosi
  • Aqliah
  • Insaniah
  • Kemahiran Komunikasi dengan berkesan
  • Membuat keputusan

Pendidikan seks amat penting kerana:

  • Dapat membantu anak-anak menghadapi pelbagai aspek perubahan diri apabila memasuki alam remaja
  • Dapat menjadi perisai apabila berhadapan dengan godaan luar atau godaan seks.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberi pendidikan seks kepada golongan remaja kerana isu ini bukan perkara remeh. Ibu bapa adalah individu paling sesuai memandangkan keluarga adalah perantara terawal bagi manusia mengenal lingkungan persekitaran sebelum mereka terdedah kepada dunia yang lebih luas.

Sumber: Dr Nor Hasmah Mohd Zain (Pensyarah, Universiti Sains Malaysia)

https://www.facebook.com/cikgusukrics/posts/2168608063432632

http://www.kck.usm.my/index.php/arkib-berita/776-pentingnya-pendidikan-dan-ilmu-kesihatan-reproduktif-kepada-remaja


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *