
Mengapa anda perlu berkata “Tidak”?
Adalah penting berkata “Tidak” kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?
- Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan “tidak”, tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
- Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
- Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
- Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth.”Saya tidak mahu merokok” atau “Pakcik saya mati disebabkan merokok”)
- Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
- Mungkin seorang remaja boleh berkata “Bapa saya tidak membenarkan saya merokok” “Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok”.
- Yang penting anda perlu bertegas bila berkata “tidak” tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Leave a Reply