1. DIDIK DIRI SENDIRI TENTANG PENYAKIT YANG ANDA DERITA.
Satu-satunya cara sebenar mengerti betapa berbahayanya anorexia dan bulimia adalah dengan mempelajari lebih banyak lagi tentang gangguan pola makan ini dengan merujuk kepada yang pakar.
2. BEROLAHRAGA UNTUK MEMPERBAIKI KETENANGAN HATI.
Kegiatan fizikal secara teratur dapat memberi banyak manfaat kepada fungsi kekebalan tubuh badan yang lebih hebat, meningkatkan fungsi kognitif, perhatian dan konsentrasi yang lebih baik, mengurangi stres, mendorong rasa percaya diri, dan meningkatkan ketenangan hati. Pemerhatian telah menunjukkan bahawa bersukan dalam jumlah yang wajar juga sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang dalam masa pemulihan dari gangguan pola makan, dan bahkan mencegahnya dari terjadi.
3. MENYEDARI BAHAWA PENYAKIT TERSEBUT DAPAT MEMBAHAYAKAN NYAWA.
Ada banyak kesan berbahaya disebabkan oleh anorexia dan bulimia ini. Kebiasaan memuntahkan makanan atau purging dapat mengakibatkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit pada badan yang pada akhirnya menyebabkan degupan jantung tidak teratur, kegagalan fungsi jantung dan bahkan akan menyebabkan kematian. Muntah secara teratur juga dapat membuat kerongkongan radang dan luka.
4. RUJUK DOKTOR.
Untuk memulakan proses penyembuhan, anda harus menemui doktor. Doktor dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh dan menilai hasil pemeriksaan darah anda untuk menentukan seberapa besar kerosakan yang sudah dialami oleh tubuh. Doktor juga dapat membantu anda untuk menentukan proses rawatan yang diperlukan untuk membantu anda sembuh sepenuhnya.
Rujukan : http://myhealth.moh.gov.my/en/eating-disorders/


Leave a Reply