Ekzema: Masalah Kulit Biasa?

  • Ekzema atau atopic dermatitis merupakan masalah kulit kering yang boleh menyebabkan kegatalan, ruam dan keradangan pada bahagian yang digaru. Sekiranya dibiarkan, jangkitan kuman boleh berlaku pada kawasan tersebut.
  • Kawasan yang biasa terdapat ekzema adalah pada bahagian muka dan leher, pergelangan tangan dan lutut,  
  • Ekzema kebiasaannya bermula sejak kecil lagi.
  • Keadaan kulit ekzema yang tidak dirawat akan menyebabkan kegatalan dan ruam kronik yang bertambah teruk dengan aktiviti harian remaja yang bersukan dan berpeluh .

Kenapa Ekzema berlaku?

  • Faktor Keturunan
  • Sistem imun tubuh yang lebih sensitif
  • Sebum minyak kulit rendah
  • Penyakit lain yang berkaitan dengan masalah alergi/ atopi adalah asthma, acute rhinitis dan hay fever.

Masalah timbul dengan Ekzema pada usia remaja?

  • Remaja boleh menghadapi tekanan dan tidak berkeyakinan bersama rakan-rakan lain disebabkan masalah kulit.
  • Tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam kelas disebabkan kulit gatal.
  • Waktu tidur terganggu disebabkan terjaga malam akibat kulit gatal.
  • Emosi yang terganggu akibat stress belajar juga dapat mencetuskan flare ekzema.

Terapi ekzema pada remaja

  • Gol pengurusan rawatan ekzema pada remaja adalah menggalakkan agar adik mengekalkan aktiviti harian dengan gangguan minima seperti waktu tidur yang mencukupi, focus pembelajaran yang baik, dan aktiviti sekolah atau sukan yang normal.
  • Pastikan tidak mandi terlalu lama melebihi 20 minit dan menggunakan ‘lukewarm’.
  • Gunakan emollient dan krim pelembap selepas mandi agar melembapkan kulit kering. Krim pelembap perlu digunakan setiap 3-4 jam bagi memastikan kulit sentiasa lembap.
  • Sekiranya perlu, adik boleh dapatkan ubat anti-histamine untuk menahan gatal agar dapat tidur dengan secukupnya dan meningkatkan focus pembelajaran di sekolah.
  • Sekiranya terjadi ‘flare’ ekzema, topikal steroid mengikut dos yang diperlukan boleh digunakan untuk jangka masa pendek.
  • Bagi jangkitan bakteria pada kulit, rawatan antibiotik adalah perlu untuk menyembuhkan jangkitan tersebut.
MitosEkzema hilang apabila dewasaPenyebat ekzema adalan alergi makanan seperti gluten dan tenusuSabun perlu berbuihFaktaEkzema tadak dapat hilang sepenuhnya walaupun kebiasaan peringkat paling kerap adalah waktu kecilMakanan bukan penyebab utama ekzema terutamanya pada peringkat remajaBuih dihasilkan oleh detergen dan menyebabkan iritasi kulit. Gunakan sabun tanpa buih yang lebih sesuai

Rujukan: http://myhealth.moh.gov.my/en/atopic-ekzema/


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *