Pedofilia: Selamatkah Anak Kita?

Oleh: Encik Fairul Desa
Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan
LPPKN Sarawak

Zaman ini adalah zaman serba mencabar. Kehidupan kita dibelenggu oleh pelbagai cabaran. Baik dari aspek ekonomi, teknologi, politik dan juga sosial. Kebejatan masalah sosial yang meruncing dalam kalangan masyarakat kita hari ini pastinya membuatkan rasa risau dalam kalangan ibu bapa.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang amat asing bagi kita. Seorang warga Britain disabitkan kesalahan mencabul dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Daripada beratus kesalahan itu termasuklah yang dilakukannya di Malaysia.

Perkataan Pedofilia berasal dari bahasa Greek: Πα?ς, παιδ?ς (paîs, paidós), bererti “anak”, dan φιλ?α (philía), “cinta yang mesra” atau “persahabatan”. [20] Pedofilia digunakan untuk individu yang mempunyai minat seks yang utama atau eksklusif terhadap kanak-kanak belum baligh berusia 13 tahun atau lebih muda; atau secara ringkasnya Pedofilia boleh dimaksudkan sebagai Gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent).

Pedofilia vs pedophiles

Gangguan psikologi itu tadi dipanggil sebagai pedofilia, manakala si pelaku kepada gangguan seksual kepada kanak-kanak digelar pedophiles. Seorang yang mengalami pedofilia, mungkin juga bukan seorang pedophiles (kerana tidak melakukan apa-apa tingkah laku seksual terhadap kanak-kanak), tetapi seorang pedophiles ternyata seorang penghidap pedofilia.

Jenis Pedofilia

Sebenarnya Pedofilia boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu;

  1. Nephiophilia
    • Individu yang mengalami gangguan psikologi jenis ini hanya berminat dan menjurus kepada seksual terhadap bayi.
  2. Infanthophilia
    • Individu ini mempunyai ketertarikan secara seksual terhadap kanak-kanak berumur di antara 0 hingga 3 tahun.
  3. Hebiphilia
    • Ketertarikan seksual bagi individu jenis ini adalah kepada kanak-kanak berumur 11 tahun hingga remaja berusia 14 tahun
  4. Pedohebephilia
    • Pedophilia jenis ini adalah individu yang mempunyai ketertarikan gabungan atau kepada kesemua kategori umur ini tadi.

Kes Richard Huckle

Huckle diheret ke Old Bailey di London pada awal Jun lalu dan dihadapkan dengan 91 pertuduhan melibatkan beberapa jenayah, antaranya mewujudkan dan menyimpan bahan pornografi kanak-kanak, merogol kanak-kanak kecil di bawah umur 12 tahun, mendera kanak-kanak dan membuat manual pedofilia.

Pada mulanya, Huckle mengaku salah kepada semua pertuduhan ini tetapi kemudian mengaku salah kepada 71 pertuduhan sahaja. Di­sebabkan dia sanggup membuat pengakuan salah secara sukarela kepada 71 pertuduhan ini, yang melibatkan jenayah seks ke atas 200 kanak-kanak (termasuk 23 kanak-kanak di MALAYSIA.

Kes di Malaysia

Telah gempar di media sosial kes pedophilia yang berlaku di Kota Tinggi Johor. Keadaan dimana seorang suri rumah menyaksikan sendiri seorang-orang kanak-kanak dicabul di belakang rumahnya. Beliau telah bertindak melaporkan kepada pihak polis. Tindakan susulan pihak polis dengan membuat siasatan ke sekolah dan pengecaman telah dibuat. Namun apa yang berlaku selepas itu, si bapa kepada mangsa bertindak mengarahkan laporan itu ditarik semula atas alasan menjaga maruah keluarga. Di sini timbul berbagai persoalan. Dimana pertimbangan si bapa? Adakah maruah keluarga mengatasi keselamatan anak? Tiadakah satu peruntukan undang-undang bagi melindungi kanak-kanak dan sebagainya?

Ciri-ciri Pedofilia?

Mungkin timbul satu persoalan di minda ibu bapa diluar sana. Dapatkah pedofilia dikenali? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada mereka?

Sebenarnya tidak terdapat ciri khusus bagi pedofilia. Malah pedofilia juga boleh jadi juga seorang guru, ustaz, seorang datuk atau semuda remaja.

Mungkin juga ada yang berpandangan bahawa Pedofilia adalah merupakan seorang lelaki. Sebenanrnya tidak. Terdapat juga kes pedofilia yang melibatkan wanita. Contohnya satu kes yang dilaporkan di India, di mana seorang kanak-kanak didapati mengalami kemurungan yang melampau. Lalu si ibu membawanya berjumpa dengan pakar psikologi. Setelah menjalani sesi yang dinamakan sebagai Play Therapy (terapi bermain), satu keadaan yang sangat ganjil telah ditemui. Kanak-kanak yang diberikan permainan ‘gajah getah’ itu telah seolah-olah melakukan aksi seks dengan permainan tersebut. Setelah disiasat, didapati bahawa kanak-kanak itu telah diperlakukan secara seksual oleh pengasuhnya yang merupakan wanita.

Di sini jelas bahawa, sebenarnya tiada ciri yang khusus pada pedofilia.

Adakah pedofilia dapat dirawat?

Pedofilia dan pedophiles mempunyai sedikit perbezaan. Dimana pedofilia adalah merupakan individu yang mengalami gangguan psikologi ketertarikan seksual yang eksklusif terhadap kanak-kanak. Manakala Pedophiles adalah pelaku seksual terhadap kanak-kanak. Pedofilia juga mungkin bukan/belum menjadi seorang pedophiles.

Tiada rawatan yang khusus untuk pedofilia. Malah tidak terdapat bukti bahawa pedofilia dapat diubati. Sebaliknya kebanyakan terapi yang dibuat oleh pakar psikologi atau kaunselor adalah merupakan kepada untuk membantu pedofilia menahan diri dari bertindak ke atas keinginan mereka. Salah satu teknik digunakan adalah Cognitive Behavioural Therapy (CBT), dimana ianya berfungsi bagi mengurangkan sikap, kepercayaan dan tingkah laku terhadap sesuatu.

Sentuhan Selamat

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, ibu bapa perlu beritahu anak-anak Red Zone di tubuh mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain iaitu;

  1. Mulut
    • Mulut adalah merupakan anggota yang biasanya dimanupulasi oleh pedofilia. Mereka akan bermula dengan bermain-main dengan mulut kanak-kanak. Melakukan French kiss dan seterusnya seks oral.
  2. Dada
    • Bahagian dada, tidak kira sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan sebenarnya mempunyai titik sensitive yang dapat meransang mereka secara seksual sama seperti orang dewasa. Biasakan untuk anak-anak untuk hanya menanggalkan pakaian di dalam bilik atau tandas.
  3. Kemaluan
    • Ini adalah bahagian red zone paling utama yang perlu dijaga. Beritahu pada anak-anak untuk tiada siapapun boleh sentuh atau lihat bahagian ini kecuali mereka sendiri. Biasakan mereka untuk mencuci najis sendiri seawall usia 2 tahun.
  4. Punggung
    • Walaupun punggung kanak-kanak tidak akan teransang secara seksual jika disentuh. Tetapi bahagian ini amat disukai oleh pedofilia untuk disentuh. Malah mereka akan teransang secara seksual jika melihat atau memegang bahagian ini.

Anak-anak adalah merupakan harta yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Ramai yang mendambakan kehadiran cahaya mata di saat orang lain ‘mengabaikan’ anak-anak mereka. Pendidikan, perkembangan, malah keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab besar yang perlu diambil berat oleh semua ibu bapa. Semoga anak-anak sentiasa dalam lindungan dan rahmat tuhan dan dihindarkan dari bahaya pedofilia ini.

Rujukan: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/05/08/fahami-apa-itu-pengantunan-seksual-kanak-kanak-atas-talian/


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *