Ikhlas

IKHLAS

Ikhlas merupakan asas daripada semua ibadah. Ikhlas adalah asas penilaian antara diterima atau tidak akan sesuatu amalan perbuatan itu. Ikhlas adalah jalan yang menyampaikan sesorang dalam menuju kebahagiaan atau kerugian yang sebenar. Selain itu, ikhlas merupakan jalan untuk ke syurga atau neraka. Apabila ikhlas tiada, maka ia akan membawa ke neraka dan apabila adanya ikhlas boleh membawa kita ke syurga.

Seorang yang ikhlas adalah orang yang tidak pernah mengambil berat terhadap sesiapa sahaja walaupun seluruh kedudukannya dalam kalangan manusia hilang. Tetapi demi menjaga keikhlasan hatinya  kerana Allah SWT dan tidak kira apa yang orang lain kata akan perbuatannya. Banyak ayat Al-Quran yang menerangkan tentang ikhlas, antaranya  dalam surah Al-Bayyinah AnchorAyat-5.

Amalan perbuatan yang baik adalah yang lebih ikhlas dan benar. Kepentingan ikhlas adalah dapat menyelamatkan kita daripada seksaan yang besar pada hari pembalasan nanti. Rasulullah s.a.w telah memberi tunjuk ajar kepada kita tentang bagaimana untuk mencari sifat ikhlas dalam diri kita. Ikhlas juga dapat menyelamatkan kita daripada pelbagai kehinaan dalam kehidupan. Ikhlas ketika ini sukar diamalkan oleh kita pada hari ini. Sudah jarang dan amat sedikit diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini, terutamanya golongan remaja pada kini lebih suka  menunjuk-nunjuk setiap perbuatan mereka kepada khalayak ramai.

Ikhlas sangat mustahak dan amat penting sekali dalam kehidupan kita. Hal ini kerana jika tiada sifat ikhlas, kebanyakan manusia akan hidup dalam kepura-puraan dan setiap perbuatan kita akan menjadi sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT. Ikhlas dapat mengubah amal perbuatan sesorang itu menjadi lebih bernilai di sisi Allah SWT. Tanpa adanya perasaan ikhlas, ibadah kita tiada guna dan tidak diterima oleh Penciptanya.

Ikhlas merupakan suatu sifat yang patut ada kepada diri setiap manusia yang berakal, sama ada berkerja atau belajar kita mesti menpunyai sifat ikhlas. Dalam kita belajar, jika tiada sifat ikhlas  dalam belajar maka ilmu yang kita perolehi itu  tiada berkatnya. Kadang-kadang kita belajar hanya disebabkan paksaan ibu bapa, guru-guru dan rakan -rakan kita sahaja, ianya bukan datang daripada keikhlasan diri untuk mencari ilmu itu. Begitu juga, jika kita berkerja, jika kita tiada sifat ikhlas maka pekerjaan yang kita lakukan itu tidak berjaya.

Dengan sifat ikhlas yang betul, kita akan diberi pahala daripada setiap amalan perbuatan yang kita lakukan. Tetapi untuk mendapatkan keikhlasan yang betul amatlah susah. Kita hanya mampu untuk bercakap atau memberitahu kepada orang lain bahawa kita mesti ikhlas dalam setiap perbuatan dan percakapan kita seharian. Tetapi untuk kita amalkan amatlah susah. Bercakap kepada orang memang senang tetapi untuk mengamalkannya amatlah susah sekali. Betapa ramai daripada kita hanya pandai bercakap ”kita mesti ikhlas dalam perbuatan kita” tetapi yang mengamalkannya berapa orang  sahaja. Contohnya, kita diajak untuk menderma dengan ikhlas kepada rakan kita yang terputus bekalan tapi berapa orang yang dalam hatinya bersungut.

Dalam kehidupan seharian, kita pun kita tidak mampu untuk mengamalkan sifat ikhlas. Kita lebih banyak berpura-pura dalam kehidupan dengan menunjukkan kebaikan diri kita untuk orong memuji kita tetapi hakikatnya bukan itu  sifat sebenar kita. Apabila ada pujian atau dihargai orang, baru kita hendak membuat kebaikan kepada orang lain. Justeru, bagaimana keikhlasan dapat berapa dalam diri kita pada hari ini.

Ikhlas wajib  dicari.

Walau bagaimana sekali pun sama senang atau susah ikhlas wajib ada pada diri kita sebagai setiap manusia tanpa sifat ikhlas kehidupan kita tiada gunanya, berusahalah kita dalam mencari keikhlasan supaya hidup kita sentiasa tenang dan bahagia sentiasa dan ceria selalu disamping keluarga tersayang. Teruskan mencari ikhlas, moga kita sentiasa bahagia.

Sekian, keikhlasan saya dalam menulis.

Semoga saya juga mempunyai sifat ikhlas dalam diri ini.

Penulisan Oleh:

Mohd Khairellnazree Abu Bakar


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *