Apa itu Seksualiti?

Apa itu Seksualiti?

Apa itu Seksualiti?

Seksualiti adalah aspek normal dalam kehidupan yang bermula sejak dilahirkan sehingga akhir hayat. Ianya terdiri daripada elemen atau komponen yang kekal dan elemen yang berubah-ubah mengikut faktor sekeliling.Seksualiti meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkahlaku, rupa fizikal dan hubungan seksual seorang wanita dan lelaki.
Contoh elemen yang kekal adalah jantina dan reproduksi ( kebolehan melahirkan zuriat).
Contoh elemen yang berubah-ubah adalah gender, orientasi seksul, identitI seksual, perhubungan seks, tingkahlaku seksual, perubahan fizikal badan dan komunikasi.
Faktor yang mempengaruhi elemen seksualiti adalah nilai budaya,keluarga, pendidikan, agama, persekitaran, media, pendidikan dan lain-lain.
Sikap, nilai dan amalan seksualiti di pengaruhi oleh jati diri seperti tegas, jujur, berdisiplin, amanah, belas kasihan, setia, berkeyakinan diri dan lain-lain.

Segmen Piza
(Sebagai Elemen Seksualiti)

Peperoni yang menyedapkan pizza ( sebagai Jati Diri) Kerak Pizza di sekelililing pizza (sebagai Faktor mempengaruhi seksualiti)
Bayangkan se buah pizza sebagai ‘seksualiti’, di mana potongan atau segmen pizza sebagai elemen seksualiti, kerak di sekeliling sebagai factor yang mempengaruhi elemen ini dan pepperoni sebagai Jati Diri yang menjadikan seksualiti itu bertambah baik atau sebaliknya.
MANTAPKAN JATI DIRI ANDA KE ARAH SEKSUALITI YANG POSITIF.

Onani / Melancap

Definisi:

Menggunakan tangan atau alat untuk menggesel alat sulit sehingga mencapai kepuasan seksual

  • Ketagihan adalah melakukan perbuatan itu berulang kali setiap hari sehingga menjejaskan aktiviti seharian dan menyebabkan keletihan yang amat sangat
  • Melakukannya di tempat terbuka adalah menyalahi undang-undang
  • Sebahagian daripada proses perkembangan seksual remaja.
  • Bukan semua melakukannya.
  • Jangan terlalu kerap kerana risiko ketagihan
  • Peka terhadap pandangan agama dan budaya

Hubungan Seks Sebelum Kahwin

  • Semua agama melarang hubungan seks sebelum berkahwin
  • Risiko penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS
  • Risiko kehamilan tidak dirancang dan tidak diingini
  • Kesan dan akibat kepda diri sendiri, pasangan dan keluarga.

Seks Rambang

Definisi:

Mempunyai pasangan seks yang melebihi seorang pada sesuatu masa tanpa mempunyai hubungan emosi yang intim.

  • Risiko penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS
  • Risiko kehamilan tidak dirancang dan tidak diingini
  • Kesan dan akibat kepada diri sendiri,pasangan dan keluarga.
  • Pasangan seksual mungkin menghidap penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS tanpa sebarang tanda

Hubungan Homoseksual

Definisi:

Tarikan seksual hanya kepada jantina yang sama. Contoh seorang lelaki hanya tertarik secara seksual kepada lelaki sahaja.

  • Hubungan seks luar tabii
  • Penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS
  • Kesan dan akibat kepada diri sendiri,pasangan dan keluarga
  • Pasangan seksual mungkin menghidap penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS tanpa sebarang tanda.Peka terhadap pandangan masyarakat.
  • Salah di sisi undang-undang

Hubungan seks dengan pasangan di bawah umur 16 tahun

  • Salah di sisi undang-undang sama ada izin atau tanpa izin
  • Boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman
  • Perbuatan ini ditakrifkan sebagai Rogol/Statutory Rape
  • Boleh dipenjarakan

Pornografi

  • Berwaspada kepada ketagihan
  • Salah di sisi undang-undang , budaya dan agama
  • Ketagihan : Mengulangi perbuatan setiap hari sehingga menganggu aktiviti seharian atau melakukannya di tempat terbuka sehingga menyalahi undang-undang
  • Bahan lucah dalam bentuk visual/audio
  • Merakam gambar bogel sendiri boleh membawa kepada risiko penyebaran tanpa izin

Siber Seks

Definisi:

Aktiviti seks yang berdasarkan bahan atau komunikasi internet tanpa hubungan fizikal

  • Berwaspada kepada ketagihan
  • Terdedah kepada risiko jenayah seksual
  • Terdedah kepada pemalsuan identiti
  • Salah di sisi budaya dan agama

Transeksual

  • Konflik di dalam diri sendiri
  • Isu penerimaan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
  • Lelaki dipanggil ‘Mak Nyah’ manakala perempuan digelar ‘Pengkid’
  • Berasakan diri terperangkap dalam jantina yang salah
  • Ingin menukar jantina
  • Berperangai dan berpakaian seperti jantina yang diinginkan

Lelaki Lembut 

  1. Transvestit :
    • Mendapat kepuasan seksual dan merasa sangat seronok apabila berpakaian atau berlagak seperti jantina berlawanan.
    • Adalah Heteroseksual
    • Kadangkala menyembunyikan atau menyorokkan keadaan transvestite.
  2. Mungkin adalah transeksual

Phone Seks

Definisi:

Aktiviti seks yang berdasarkan komunikasi langsung melalui telefon tanpa hubungan fizikal. Pada masa yang sama kedua pelaku melakukan onani.

  • Berwaspada ketagihan
  • Terdedah kepada risiko jenayah seksual.klip lucah disebarkan tanpa izin.
  • Salah sisi budaya dan agama
  • Terdedah kepada zina/hubungan seks sebelum kahwin.
  • Perlakuan seks ini oleh dilakukan secara visua melalui teknologi 3G
  • Perbuatan merakam aksi sendiri dalam keadaan mengaibkan boleh mendatangkan risiko disebarkan tanpa izin.

Seks Berbilang Pasangan

Definisi:

Mempunyai sejarah ramai pasangan seks dan mempunyai hubungan emosi yang intim dengan setiap pasangan tersebut.

  • Risiko penyakit jangkitan seksual
  • Risiko kehamilan tidak dirancang dan tidan diingini
  • Kesan dan akibat kepada diri sendiri,pasangan dan keluarga
  • Pasangan seksual mungkin menghidap penyakit jangkitan seksual dan HIVV/AIDS tanpa sebarang tanda.

Hubungan seksual tanpa perlindungan boleh menyebabkan:

  • Dalam tempoh satu tahun, kehamilan mungkin berlaku dalam kalangan 9 daripada 10 pasangan yang terlibat dengan hubungan seksual tanpa perlindungan.
  • Terdapat pasangan mengalami kehamilan pada kali pertama terlibat dalam hubungan seksual tanpa perlindungan manakala yang lain pula mungkin hamil pada bukan yang berikutnya.
  • Tiada sesiapa yang dapat meramalkan kehamilan,tetapi dalam tempoh satu tahun hamper kesemua pasangan akan mengalami risiko kehamilan.
  • Remaja boleh dan perlu mengelakkan kehamilan.
  • Cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kehamilan adalah melalui abstinen (kawalan diri) iaitu mengatak TIDAK kepada aktiviti seksual.
  • Remaja lelaki mempunyai tanggunjawab yang sama walaupun mereka tidak boleh hamil.
  • Kehamilan luar nikah boleh membawa kepada risiko pengguguran,pembuangan bayi dan pasangan lari daripada tanggungjawab.
  • Kajian menunjukkan bahawa kehamilan remaja mempunyai kaitan dengan tahap pendidikan yang rendah, kurang peluang mendapat pekerjaan yang baik dan kehidupan yang tidak selesa. Anak yang dilahirkan oleh remaja biasanya menghadapi masalah di sekolah, berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan dan pembelajaran.

Sumber: http://myhealth.moh.gov.my/memahami-seksualiti/


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *