Apakah itu onani?
Onani/melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ketahap kepuasan nafsu (orgasm). Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual yang normal dan boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan. Ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya kerana mereka mungkin berasa malu. Ia adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit.
Adakah onani satu kesalahan?
- Onani boleh di anggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak semua individu melakukannya.
- Onani berseorangan adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.
- Sekiranya anda melancap dan tidak dapat mengawal perbuatan itu sehingga kerap kali melakukannya untuk memuaskan nafsu, sila dapatkan nasihat daripada sumber yang anda boleh percayai.
Ianya adalah satu kesalahan apabila :
- Dilakukan di khalayak ramai atau di tempat terbuka
- Dilakukan dengan begitu kerap sehingga anda menjadi ketagih untuk melakukannya.
Apakah pandangan agama mengenai Onani?
Di Malaysia, kebanyakan adat/budaya dan agama melarang perbuatan melancap. Sebagai contoh, agama Islam dan Katolik melarang perbuatan onani. Anda perlu mengambil kira pandangan agama anda ketika membuat keputusan untuk melancap. Adalah lebih baik sekiranya anda boleh membincangkan isu-isu agama bersama guru-guru agama dan ibu bapa anda.
Adakah ianya merbahaya?
Tidak, secara amnya, ia tidak merbahaya.
Ianya boleh menjadi bahaya jika :
- Dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda
- Dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi
- Anda menggunakan berbagai jenis bahan, contohnya kain yang kasar untuk memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehinggga menyebabkan luka di bahagian kemaluan.
Kesan onani kepada remaja :
- Anda mendapati diri mudah menjadi penat dan tiada tenaga untuk bangun pagi ke sekolah.
- Anda juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.kerana berjaga pada waktu malam dengan melancap dan asyik memikirkan tentang perkara ini.
- Anda juga risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa anda melakukan perkara ini.
- Anda juga malu dan bersalah kerana melakukan perbuatan yang dilarang.
- Tingkah laku onani jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan lama kelamaan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.
- Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi.
Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan bantuan, sekiranya;
- Apabila anda ketagih untuk melakukannya pada setiap masa dan asyik memikirkannya sehingga mengganggu aktiviti harian
- Anda sukar mengawal nafsu jika melihat perkara yang boleh menyebabkan anada ingin melakukan onani
- Anda sedar dan ingin mengurangkan aktiviti onani
Siapakah yang dapat membantu:
- Ibu bapa
- Guru/kaunselor
- Teen Educator KafeTEEN
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Doktor
Sumber rujukan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia: www.moh.gov.my dan JAKIM: www.islam.gov.my
Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism www.mccbchs.bobjots.org

Sumber: https://suamisihat.com.my/kesihatan-lelaki/melancap-onani/

Leave a Reply