Insomnia dalam kalangan remaja



Masalah insomnia adalah masalah yang biasa dalam kalangan remaja dan kita kerap terlepas pandang akan isu ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, seramai lebih kurang 17% remaja boleh dikategorikan mempunyai masalah insomnia atau masalah untuk tidur dan mendapatkan tidur yang nyenyak sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama sebulan atau lebih hingga menyebabkan gangguan emosi dan fizikal yang menganggu aktiviti harian.

Masalah insomnia mereka kelihatan kronik atau kerap berulang bermula pada umur 11 tahun, menurut serorang pakar daripada Hospital Henry Ford di Detroit, Amerika Syarikat. Masalah yang utama adalam kesukaran untuk tidur. Kualiti tidur dan masa tidur juga kadang-kala menjadi masalah yang serius dalam kalangan remaja.

Walaupun masalah insomnia dalam kalangan remaja perlu diperiksa oleh pegawai perubatan, terdapat beberapa tips yang boleh kita kongsi untuk membantu remaja mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Antaranya:

  • Tetapkan masa dan waktu untuk tidur setiap hari termasuk pada hujung minggu. Ini akan melatih tubuh badan dan minda kita untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.
  • Bersenam pada pagi hari dan elakkan aktiviti berat pada malam hari, terutama beberapa jam sebelum tidur.
  • Pastikan bilik tidur anda gelap dan sepi.
  • Alihkan semua gangguan dari dalam bilik tidur, termasuk telefon bimbit, televisyen dan radio.

Rujukan: https://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20040610/sleepless-nights-common-among-teens#1


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *