Remaja dan Kesihatan Mental

Perubahan landskap sosial hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya pelbagai gangguan psikologi seperti tekanan perasaan, penagihan alkohol, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa selain daripada kesihatan tubuh badan, kesihatan mental juga amat penting bagi menjamin kualiti hidup yang baik.

Berdasarkan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, 4.2 juta atau 29.2% penduduk Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental. Negeri yang mencatatkan masalah kesihatan mental tertinggi adalah negeri Sabah (42.9%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (39.8%) dan Kelantan (36.0%). Antara lelaki dan perempuan, golongan perempuan mencatatkan masalah kesihatan mental tertinggi iaitu 30.8% berbanding golongan lelaki yang hanya mencatatkan 27.6%.

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga meramalkan masalah kemurungan akan menjadi antara punca penyakit mental dan dijangka naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung.

Apa Itu Penyakit Mental?

Penyakit  mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses kognitif, perasaan dan tingkah laku seseorang yang boleh mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Berdasarkan Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa penyakit mental adalah antara lima (5) penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi. Tidak dapat dinafikan, kesejahteraan mental boleh memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal dan kehidupan individu tersebut sekiranya ia tidak dirawat pada peringkat awal.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *