Tips Sentuhan Selamat Remaja

Sentuhan Selamat

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, kanak-kanak dan remaja perlu tahu Red Zone di tubuh mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain iaitu;

  • Mulut

Mulut adalah merupakan anggota yang biasanya dimanupulasi oleh pedofilia. Mereka akan bermula dengan bermain-main dengan mulut kanak-kanak. Melakukan French kiss dan seterusnya seks oral.

  • Dada

Bahagian dada, tidak kira sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan sebenarnya mempunyai titik sensitive yang dapat meransang mereka secara seksual sama seperti orang dewasa. Biasakan untuk anak-anak untuk hanya menanggalkan pakaian di dalam bilik atau tandas.

  • Kemaluan

Ini adalah bahagian red zone paling utama yang perlu dijaga. Beritahu pada anak-anak untuk tiada siapapun boleh sentuh atau lihat bahagian ini kecuali mereka sendiri. Biasakan mereka untuk mencuci najis sendiri seawal usia 2 tahun.

  • Punggung

Walaupun punggung kanak-kanak tidak akan teransang secara seksual jika disentuh. Tetapi bahagian ini amat disukai oleh pedofilia untuk disentuh. Malah mereka akan teransang secara seksual jika melihat atau memegang bahagian ini.

Sumber: http://myhealth.moh.gov.my/sentuhan-baik-dan-sentuhan-tidak-baik1/


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *